fantasy world
Ingatkan Aku Seandainya Aku Lupa :')
Tuesday, 23 July 2013 • 06:52 • 0 comments

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Tuhan,
ingatkan aku bila aku lupa.
Ingatkan aku bila aku terleka.
Ingatkan aku bila aku tersasar.

Kadang,
bila iman aku memuncak tinggi,
segala ibadah terasa mudah.
Malam kurasa indah,
bila mampu bangun berqiamullail.
Siang kurasa berharga,
dengan waktu yang diberkati.

Namun,
kadangkala bila imanku merundum jatuh,
segalanya susah.
Masa aku terbuang begitu saja.
Solat-solat sunat aku tinggalkan.
Quran kubiarkan berhabuk.

Tuhan,
aku hanya hamba yang hina.
Imanku, adakalanya naik.
Seringkali jua turun.
Namun aku cuba ya Allah.
Cuba untuk menjadi hambaMu yang taat.
Cuba untuk menjadi hambaMu yang tiap saat, 
tiap ketika Engkau selalu kuingati.

For You ♥
Monday, 22 July 2013 • 08:02 • 0 comments
بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Adam..


Jika kau mencintaiku kerana kecantikanku menyejukkan setiap kali kau memandangnya,

kemudian aku bertanya saat kecantikan itu memudar ditempuh usia,

seberapa pudarkah kelak cintamu padaku ?

Jika kau mencintaiku kerana sifatku yang ceria menjadi semangat didalam hatimu,

kemudian aku bertanya bila keceriaan itu kelam dirundung duka, 

seberapa muram cintamu akan ada?

Jika kau mencintaiku kerana ramah hatiku memberi kehangatan dalam setiap sapaanmu, 

kemudian aku bertanya kiranya keramahan itu tertutup kabut prasangka,

seberapa mampu cintamu memendam wasangka? 


Jika kau mencintaiku kerana cerdasnya diriku membuatmu yakin pada keputusanmu, 

kemudian aku bertanya ketika kecerdasan itu berangsur hilang, 

seberapa bijak cintamu tuk tetap mengharapkanku? 


Jika kau mencintaiku kerana kemandirian yang kumiliki menyematkan rasa bangga, 

kemudian aku bertanya bila aku pula memerlukan pertolongan,

seberapa kerap pertolonganmu dihulurkan padaku? 

Jika kau mencintaiku kerana rasa manjaku dengan ibu bapaku,

kemudian aku bertanya kiranya manjaku tiba-tiba hilang,

seberapa hebat cintamu tuk tetap bersamaku? 


Jika kau mencintaiku kerana sikap tegarku menambat rasa kagum pada kukuhnya pertahananmu 

kemudian aku bertanya andai ketegaran itu rapuh diterpa badai,

seberapa kuat cintamu bertahan untukku?


Jika kau mencintaiku kerana pengertian yang kuberikan menumbuhkan ketenangan padamu,

kemudian aku bertanya kelak pengertian itu tertelan oleh ego sesaat, 

seberapa kau mampu mengerti cinta ini?


Jika kau mencintaiku kerana kesabaranku menambahkan rasa cinta dalam mengenaliku, 

kemudian aku bertanya andai kesabaran itu mencapai batas membendung kesalahanku, 

seberapa besar cintamu mampu memaafkan aku? 


Jika kau mencintaiku kerana keteguhan imanku bagai sinar yang benderang mengantarkan cahaya, 

kemudian aku bertanya kala iman itu jatuh menurun, 

seberapa berkurang akhirnya cintamu padaku?


Jika kau mencintaiku kerana kau memilih aku sebagai cinta yang akan kau pegang sepanjang hayat, 

kemudian aku bertanya andai hati ini tergoncang, 

seberapa mantap cintamu ini tuk tetap setia? 


Andai sejuta alasan tak cukup untuk membuat cinta ini tetap bersama diriku 

maka biar kupinta satu alasan tuk menjaga cinta ini. 

Aku ingin kau mencintaiku kerana ALLAH, kerana Dia akan selalu ada tuk menjaganya,

maka dengan itu, cintaku akan tetap utuh dan setia hingga kelak, 

ku tak mampu lagi mencintaimu kerana cintaku berpulang pada-Nya.

Untuk engkau yang aku harap menjadi qawwamku, 

kata yang ingin kuucap, kupegang dan kupertahankan,

setelah walimatul ursy’ Aku ingin kau mencintaiku kerana ALLAH, 

dengan segala kekurangan dan kelemahanku.
dan menerima seadanya aku.
 •Menyayangi mu kerana Allah   • 


❤ Cinta Halal ❤
Saturday, 15 June 2013 • 08:57 • 0 comments

● بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ ●

  Setiap insan impikan cinta dan kasih sayang yang halal lagi diredhaiNya...
tadi bersama rakan membicarakan tentang ini, di mana mereka dilamar oleh lelaki yang beriman dan beragama sebagai bidadari hidup. Namun mereka menolak atas alasan tertentu. Setiap yang terjadi atas kehendakNya, mungkin belum masa lagi si gadis untuk berumah tangga walau dilamar oleh beberapa lelaki yang beragama. Untungkan mereka dilamar oleh lelaki soleh walau gadis tersebut tidak menerima.
  Berbeza manusia masa kini hanya bersuka ria tanpa ada tujuan yang pasti dalam perhubungan antara lelaki dan perempuan. Dimana mereka lebih mengutamakan benda yang tiada makna dan merugikan. Seandainya mereka bernikah pastinya redha Allah atas mereka serta halal lagi hubungan itu berbanding mereka yang tiada halal baginya.

  Walau insan yang beragama dan soleh lagi solehah pun andai bermain cinta tanpa tujuan tiada makna melainkan merugikan semua perkara. Mana kita tahu andai nikah awal mampu mengutuhkan lagi perasaan serta hati dan bertambah rezeki seiring keyakinan dengannya. Semua itu milik Ilahi, kita yang merancang dan usaha. 
Andai dirasakan sia-sia usahlah mengambil risiko,
andai hanya di mulut bukan di hati usahlah terus melangkah,
andai hilang nilai diri usahlah membinanya
mana yang sebenarnya kita mahu???

~ku inginkan cinta halal yang setiap bersamanya mendapat berkat dan redhaNya, sesaat seiring dengannya peroleh pahala dan yang pasti kebahagiaan akan datang dengan restunya...

Aku hanya inginkan Cinta yang Halal...


Labels: , ,


Tahajud Cinta ♥
Friday, 14 June 2013 • 07:59 • 0 comments


● بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ ●

Apa khabar iman..Alhamdulillah.
Sekian lama menghilang kini saia sudah kembali... mohon maaf laa sebab tak dapat update blog usang ni... hmm dah berdebu dah blog ni kan? Jom baca entry kali ni pulak ^^"...

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Bila saja siang melabuhkan tirai, malam menjelma dengan penuh bercahaya disertai kerlipan bintang bulan di dada langit. MasyaAllah sungguh indah ciptaan Ilahi. Namun saja malam bercahaya bila tahajud mengukir cinta kerana hati itu selalu merasa sakit,pedih,terluka atas perjalanan melayarkan samudera Ilahi.

   Bila mata bertemu tanah,dahi mencecah sujud padaNya jiwa kacau lalu menitiskan air mata taubat kerana kasih menghempus duka saat beribadat menjamu rasa di jiwa. Ya Allah...merana hidup kerana cinta, cinta Ilahi bersemi duka, walau perit langkah dunia tetapi kerana cinta hati redha.

   Tahajud cinta Ilahi memanggil daku dalam kegelapan malam terasa damainya hati sujud padaMu. Jiwa damai menyejukkan kalbu diri. Syukur padaNya.

"PadaMu saja aku mengadu
Resah gelora yang menghempas kalbu
Terasa berat namun apa dayaku luahkan
Walau sarat terasa malu padaMu
Akulah insan yang berjuta dosa
Tiada mengenal erti kesalahan
Berkali-kali terus masih terulang segala kesilapan
Meski ku tahu pedihnya
Masih ku di sini terantai nubari
Derik nadi bagaikan terhenti
Andai aku di sisi rahmatMu
Berhakkah ku ulang masa lalu"

Labels: ,


Love?
Thursday, 28 March 2013 • 00:06 • 0 comments
● بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ ●

Alhamdulillah, kita masih lagi diberi kesempatan untuk bernafas dan masih lagi berpijak diatas muka bumi Allah ~ الحمدالله
Pejam celik, pejam celik~ tngok2 dah nak masuk bulan 4..
Allah cepatnya masa berlalu :')
*kamu2 Miera minta bebanyak sebab tak dapat nak update blog usang ni.. :)
=Saia Student! A lot Of Homework :D=

 ● εїз ● εїз● εїз ● εїз ●εїз ●εїз ●εїз ●εїз  ● εїз ● εїз● εїз ● εїз ●εїз ●εїз ●εїз ●εїз  ● εїз ●

Cinta itu memang indah kalau kita mulakan dengan kejujuran, keihlasan dan kasih sayang...
Tetapi cinta juga boleh membuat kita jatuh dan hilang arah disaat  berlakunya 'PERPISAHAN'...
Ya allah, sakitnya cinta manusia ini ya allah... :'( Ya memang sakit!
*gatal sangat nak bermain dengan cinta palsu >.<" kan dah dah dapat hadiah!

"Cinta pada manusia memang tidak akan kekal, tetapi Cinta pada Allah selamanya kekal, kejarlah Cinta Allah sebelum kamu mengejar Cinta Manusia, sesungguhnya Cinta pada Allah teramatlah Indah" 

"Love is Everything but not for Everything"
=Hati wanita memang mudah untuk menanggis, tetapi janganlah kamu menanggis pada lelaki ajnabi... :')



Sahabat :")
Thursday, 7 February 2013 • 05:59 • 0 comments

● بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ ●

"SAHABAT........ 
Andai hari ini aku terlalu gembira, sedarkanlah aku dengan amaran-amaran Allah 
Andai ku bersedih tanpa kata, pujuklah aku dengan tarbiah Pencipta 
Andai ku lemah tidak berdaya, ingatkanlah aku dengan kehebatan syurgaMu
Andai antara kita ada tembok yang memisahkan, ajaklah aku meleraikan segera
Andai pernah hatimu terluka dengan kata-kataku, luahkanlah agar aku berubah dan memperbaikinya..
Dan Andai esok ku lena tanpa terjaga...
Iringilah lenaku dengan kalungan doa dan Al-fatihah di kuburku
Berjanjilah SAHABAT.. 
Ukkhuwwah kita untuk selamanya......Insya'Allah 


~juga Al-Fatihah, buat sahabatku yang telah menemui pencipta..moga rohmu tenang disana....Aaminn..

Buat Bakal Zauj ♥
Wednesday, 6 February 2013 • 06:32 • 0 comments
● بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ ●

Dear bakal Zauj....
Apa kabarnya imamku hari ini?
Sudahkah harimu ini diawali dengan syukur...
Kerana dapat menatap kembali fananya hidup ini...
Sudahkah air wudhu menyegarkan kembali ingatanmu atas amanah yang saat ini tengah aku genggam??

Wahai bakal Zauj....
Tahukah kamu betapa Allah sangat mencintaku dengan dahsyatnya?
Disini aku ditempa untuk menjadi dewasa,
Supaya aku lebih bijak memelihara sebuah kehidupan & siap mendampingimu kelak....
Meskipun, kekadang ku keluh & hampir putus asa,
Tapi sekarang aku dapat rasakan diri ku ini akan menjadi lebih baik...

Kadang-kadang aku tertanya-tanya kenapa Allah selalu mengujiku hati & perasaanku...
Tapi sekarang aku tahu apa jawapannya...
Allah tahu dimana tempat yang paling tepat agar aku sentiasa kembali mengingat-Nya...Kembali mencintai-Nya...
Ujian demi Ujian Allah berikan, Insya'Allah aku akan terus kuatkan semangat. Sehingga suatu hari nanti kita bertemu...

Bakal Zauj...
Entah, dimana dirimu berada sekarang. Tapi aku tahu Allah juga mencintaimu sebagaimana Allah mencintaiku...
Aku yakin Dia sekarang melatihmu untuk menjadi Mujahid yang Hebat...
Apa yang ku harapkan darimu adalah kesalihan...Kerana apabila kecantikan yang kau harapkan dariku, hanya kesia-siaan yang akan kau dapat...

Sekarang, aku mash lagi bertatih dalam menuntut ilmu...Tapi berbekalkan ilmu yang aku ada saat ini...Aku berharap dapat menjadi Isteri yang mendapat keredhaan dari Allah dan dari Bakal Zauj-ku...

Wahai bakal Zauj...
Saat aku masih belum menjadi asuhan ayah dan ibuku,
Tidak lain Doaku agar menjadi anak yang solehah...agar dapat menjadi tabung untuk kedua ibubapaku di akhirat kelak...
Andai uatu hari nanti, aku benar-benar menjadi isterimu,aku berharap agar dapat menjadi pendampingmu yang solehah agar di syurga kelak cukup buat aku menjadi bidadari mu dan mendampingi dirimu yang soleh...

Aku seorang wanita yang tahap cemburunya Tinggi...tapi kau lebihkanlah cintai Allah dan Rasulullah daripada aku,aku rela...
Aku harap begitu pula dengan dirimu.
Aku amat yakin kaulah yang aku perlu...Meskipun nanti kau bukanlah orang yang kuharapkan...

~Bakal Zauj...
ketika kita lahir generasi  penerusan dakwah islam dari pernikahan kita,
Bantulah diriku ini untuk mendidik dan mengasuh mereka dengan harta yang halal,
bersama ilmu yang bermanfaat, terutama sekali untuk merapatkan diri ini untuk taat kepada Allah Taala...

Bunga akan mekar indah pada waktunya ia mekar menghiasi taman...Maka kini aku bersiapkan diri ini sebaik-baiknya untuk menyambut kehadiranmu dalam kehidupanku...

 Kini aku sedang belajar untuk menjadi terbaik...
Meskipun bukan umat yang terbaik, tapi setidaknya bakal menjadi yang terbaik disisimu kelak.

Bakal Zauj...
Inilah sekilas harapan yang kuukirkan dalam rangkaian kataku.
Seperti kata orang,tidak semuanya yang dirasakan dapat diungkapkan dengan sebuah kata-kata.
Itulah yang bakal kuhadapi nanti. Bila saat kita bersama...maka disitulah kau bakal mengenali dan memahami diriku, begitu juga diriku~

Bersabarlah wahai bakal Zauj..
Doaku selalu, agar Allah mempermudahkan jalanmu untuk menjemputku sebagai Bidadarimu...
Moga Allah menjagamu, agar tidak tersentuh pada yang Mahrammu...
Meskipun hanya dihujung kuku..

Sehingga Disini sahaja warkahku ini
Salam cintaku untukmu...
Assalammualaikum...





PASTFUTURE
Owner

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته & Selamat Datang :)

Assalammualaikum & Hai.Thanks for Singgah :) Jangan lupa Follow :)  si comel singgah sini ?

ISLAM AGAMAKU ♥ ALLAH TUHANKU ♥ MUHAMMAD NABIKU ♥