fantasy world
Tahajud Cinta ♥
Friday 14 June 2013 • 07:59 • 0 comments


● بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ ●

Apa khabar iman..Alhamdulillah.
Sekian lama menghilang kini saia sudah kembali... mohon maaf laa sebab tak dapat update blog usang ni... hmm dah berdebu dah blog ni kan? Jom baca entry kali ni pulak ^^"...

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Bila saja siang melabuhkan tirai, malam menjelma dengan penuh bercahaya disertai kerlipan bintang bulan di dada langit. MasyaAllah sungguh indah ciptaan Ilahi. Namun saja malam bercahaya bila tahajud mengukir cinta kerana hati itu selalu merasa sakit,pedih,terluka atas perjalanan melayarkan samudera Ilahi.

   Bila mata bertemu tanah,dahi mencecah sujud padaNya jiwa kacau lalu menitiskan air mata taubat kerana kasih menghempus duka saat beribadat menjamu rasa di jiwa. Ya Allah...merana hidup kerana cinta, cinta Ilahi bersemi duka, walau perit langkah dunia tetapi kerana cinta hati redha.

   Tahajud cinta Ilahi memanggil daku dalam kegelapan malam terasa damainya hati sujud padaMu. Jiwa damai menyejukkan kalbu diri. Syukur padaNya.

"PadaMu saja aku mengadu
Resah gelora yang menghempas kalbu
Terasa berat namun apa dayaku luahkan
Walau sarat terasa malu padaMu
Akulah insan yang berjuta dosa
Tiada mengenal erti kesalahan
Berkali-kali terus masih terulang segala kesilapan
Meski ku tahu pedihnya
Masih ku di sini terantai nubari
Derik nadi bagaikan terhenti
Andai aku di sisi rahmatMu
Berhakkah ku ulang masa lalu"

Labels: ,



PASTFUTURE
Owner

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته & Selamat Datang :)

Assalammualaikum & Hai.Thanks for Singgah :) Jangan lupa Follow :)  si comel singgah sini ?

ISLAM AGAMAKU ♥ ALLAH TUHANKU ♥ MUHAMMAD NABIKU ♥